Thursday, 9 June 2016

5 Penyebab Doa Tidak Dikabulkan Allah SWT

1.Kerana dosa yang dilakukan
   
2.Meminta sesuatu yang haram

3.Apa yang diminta tidak baik untuk diri sendiri.

4.Allah telah menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita di akhirat.

5.Doa ditunda oleh Allah dengan suatu alasan yang memberi kebaikan pada diri sendiri.

-lampuislam

https://www.youtube.com/watch?v=XXQz0yyxWfI

Wednesday, 8 June 2016

-buat Nad

Assalamualaikum,
jam dah lepas 12 malam,tarikh dah tepat 9 Jun,
maka genaplah 15 tahun seorang awek tercinta kesayangan gue yang bernama
Nurul Nadhira Alia bt. Arhandi!💞💕
aku takkan tulis kat blog ni pasal orang lain kalau orang tu tak special bagi aku ahaks 🙈
jadinya terharulah sebab kau salah satu manusia yang special bagi aku kuikui,
kita kenal dah boleh kira tiga tahun,
sebabnya aku kenal kau masa last year drjah 6,
kalau bukan sebab kau yang minta Syahirra id aku,mesti kita kenal lambat bukan huhu,
rancangan Allah tu indah haha :')
masa mula-mula memang aku tahu kau masuk SAB,
tapi pastu kau dapat MK,
hari kedua baru kau masuk MK,
masatu pagi2 form 1 kene pergi orientasi,
aku lambat aku bergegas turun tangga nak pergi dewan*msatu 1cl kt 2 pearl skrg
pastu masa turun tngga aku nampaklah seorang gadis ni cewah dia jalan menuju ke arah aku,
pastu tanya "kelas 1 crystal kat mana ek?"
aku pon tanpa sedar tu nad aku jawablah "kat atas yg first ni je",
pastu aku terus bla gi dewan,
otw gi dewan baru aku sedar
"eh tu nad ke siaa eh bapak dia"
hahaha baru sedar sebab biasalah hana ni seorang yg lambat pickup :'3
pstu kau diam sgt kat kelas,
tapi kat wechat aku kau jia macam orang gila,
sama sama suka mnggila kuikui,
sampailah aku dan kau duduk asrama yang masatu asrama baru buka pada tarikh 1 Mac 2014 haha terer kan aku ingat :F
kita prep malam semeja satu haritu,
aku rasa masetulah baru aku dengan kau dah selesa dah kamceng bagai,
friendship aku dengan kau banyak turun dan naiknya kan :')
tak lama lepastu port kat vending machine tercetusnya pergaduhan antara kau dan aku,
masatu tak ingat kita dah geng dgn alia ain ke belom,
tapi kita gaduh dan kau nangis huhu,
aku jalan melulu terus ke depan,
kak fadiah dgn kak afiqah*rindu:(* pujuk kau,
pastu beberapa hari tu tak ingat ah bape hari tapi rasanya tak lama pon kan,
aku dengan kau dah berbaik,
tapi kita simpan dendam masing2,
banyak kali aku gaduh dengan kau nad,
antara geng kita aku kau alia ain nurin dulu,
aku dengan kau paling banyak gaduh kan :')
lagi2 time flopo,
kenangan weh,
bila ingat balik takpe ni jadi pengajaran untuk aku dan ni juga indahkan lagi friendship aku ngan kau haha,
kau banyak tak puas hati dengan aku,
aku pon sama masetu haha,
lepastu satu haritu cikgu Noraza tukar tempat duduk semua 1 Cl,
aku dengan kau kena duduk semeja,
kita duduk depan2,
masatu ya Allah bencinya aku,
aku tak suka sangat dengan kau padahal kita kawan baik haha :')
dan aku tahu masatu kau pon tak suka kat aku hewhew,
kita mula baik betul2 bila ditakdirkan kehadiran shahrul ke meja kita do -,-,
aku nangis masatu sbb dia kena duduk sebelah aku hahahahhahahahaa,
so mummy*ckgu* pindahkan aku duduk sebelah kau,
start tulah aku dengan kau dah baik sebaik-baiknya,
aku rasa kita dah tak gaduh ataupun kurang gaduh tahlah tak ingt,
kau lah deskmate,kau lah dormmate,kau lah bedmate semua kau masatu,
kita dorm 13 sama2 aku kau alia ain dan empat yg lain yg malas aku nak sebut wkwk,
kita solat sama sama,
kita gurau sama sama,
kita gila sama sama,
kita takut sama sama,
kita tidur sama sama,
kita pernah mandi berempat sama sama hahaha,
banyak kenangan aku dengan kau,
walaupun banyak kenangan pahit aku dgn kau,
tapi kau jugalah yang aku sayang :')
ingat ak aku jatuh slow motion masa kat dorm 13 ? hahaha
leher aku terkehel sebab kena banting dengan ain kat bilik judo,kau gelak macam orang gila sampai aku yang nak nangis pon tak jadi nak nangis hahaha,
tu antara yang paling aku ingatlah haha,
tahun ni,
masa awal tahun tu,
aku rasa macam aku dengan kau dah makin renggang,
risau jangan cakaplah,
aku risau beb,
tapi tak tahu lah kau risau ke tak :')
aku doa janganlah aku renggang dengan kawan kawan sibs yang aku sayang semua ni,
lepastu ditakdirkan dorm 20 21 kena kosongkan,
aku mula2 dapat 16 pastu 18 pastu akhirnya aku dapat 19 iaitu dorm kau,
aku takut masatu,
aku risau kau tak suka :(
Alhamdulillah ada hikmahnya aku masuk dorm tu hm :')
kau kelakar,
salah satu orang yang selalu hiburkan hari aku walaupun kau selalu sangat takutkan aku sampai aku terduduk sampai aku dah nak terjatuh sebab lari dari kau hahaha,
beria kau tulah yang buat aku gelak kadang,
jalan laju kau yang macam robot hahaha,
ketawa kau yang comel tu ahaaha,
rindu beb kalau takde semua tu :')
kau yang garangggg
kau yang ganasss yang buatkan aku takut kadang kadang dekat dgn kau hahahaa,
aku harap sangat kau berjaya beb,
aku harap aku kau dengan sibs lain berjaya pt3 ni,
aku taknak pindah sebab aku taknak tinggalkan kau dengan yang lain beb :')
aku harap sangat friendship kita kekal sampai syurga,
tknk kekal sampai akhir hayat je :')
nak lepak sama sama kat syurga,
cerita semua kenangan prsahabatan kita kat dunia dulu :')
kalau listkan orang2 yang aku sanggup  pertahankan prsahabatan aku dgn dia,
kau salah satunya do :')
kalau ada papehal roger aku,insyaAllah aku boleh tolong :')
kalau kau ada masalah cerita dekat aku kalau sudi,insyaAllah aku boleh dengar :')
aku minta maaf kalau aku bukan kawan kau yang baik,
sayang kau :')😘

love,
HANA.
Form 1
 





Form 2

















Monday, 30 May 2016

50 tanda-tanda orang munafik.

50 tanda tanda orang munafik.

1.Malas beribadah kepada Allah SWT

2.Lupa kepada Allah SWT

3.Melalaikan solat fardhu

4.Mempercepat mengerjakan solat

5.Gemar meninggalkan solat berjemaah

6.Meninggalkan solat Jumaat

7.Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

8.Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi

9.Menyembunyikan ilmu pengetahuan

10.Riak

11.Hasad dengki

12.Dusta

13.Mungkir janji

14.Bakhil

15.Fitnah

16.Mencaci maki

17.Mengumpat

18.Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya

19.Mengingkari takdir Allah

20.Mempersenda kesucian agama.

21.Enggan berjihad di jalan Allah SWT

22.Menghina sahabat Rasullullah SAW

23.Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar

24.Menangguh pembayaran hutang

25.Menipu dalam jual beli

26.Ghasab(mengambil sesuatu secara zalim)

27.Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran

28.Memakan harta anak yatim

29.Membuka rahsia orang lain

30.Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa

31.Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai

32.Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran Islam

33.Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang

34.Bermuka-muka

35.Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36.Sombong diantara sesama manusia

37.Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah

38.Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

39.Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup

40.Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah

41.Keluh kesah apabila ditimpa musibah

42.Mengkhianati sesuatu amanah

43.Memutuskan silaturrahim

44.Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin

45.Menghalalkan perkara yang haram

46.Membuat kerosakan di muka bumi

47.Menuduh orang beriman bodoh

48.Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah

49.Bersumpah dengan selain nama Allah SWT

50.Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman

Friday, 29 April 2016

Ketika Nabi Musa berbicara kepada Allah swt

Musa berkata kepada Tuhannya: "Ya Rabbi,Kau telah menciptakan Adam dengan kekuatanMu dan meniupkan roh kepadanya,dan membuat para malaikat bersujud kepadanya,dan memasukkannya ke dalam syurga,dan Kau menerima taubatnya,bagaimana caranya dia bersyukur untuk membalas semua nikmat ini?"

jadi Allah swt berfirman padanya "Ya Musa,hal itu sudah cukup dari Adam,bahawa dia berkata 'Alhamdulillahir rabbil alamin.'"

Musa bertanya "Ya Tuhanku,jika seorang hamba berkata 'Ya Allah' selagi dia menyembahMu,apa yang Kau katakan padanya?"

Allah berfirman "Aku memberitahu padanya,'Wahai hambaKu,aku disini."

Musa bertanya "Dan jika dia mengatakannya semasa bersujud ?"
Allah berfirman "Aku berfirman,"Aku disini wahai hamba."
Musa bertanya lagi : "Dan jika dia mengatakannya lagi selagi berbuat dosa ?"
Allah berfirman : "Aku akan berfirman kepadanya 'Aku disini,Aku disini,Aku disini."

Sesungguhnya Allah SWT,Yang Maha Tinggi berfirman kepada Musa,putera Imran a.s,tentang nabi kita Muhammad SAW.
Ketika dia menerima taurat,Musa berkata kepada Tuhannya "Ya Tuhanku,aku membaca dalam Taurat bahawa akan ada suatu bangsa jika ada makanan masuk ke perut meraka maka Kau menghapuskan dosa-dosa mereka,kerana mereka membaca Bismillah sebelum makan dan mereka mengakhirinya dengan Alhamdulillah.Ya Allah,jadikan itu umatku ya Allah."
Allah berfirman pada Musa "Ya Musa,itu adalah umat dari Muhammd saw."

Musa berkata kepada Tuhannya,"Wahai Tuhanku,aku membaca dalam Taurat bahawa akan ada suatu bangsa,jika salah seorang dari mereka ingin melakukan dosa,tapi tidak jadi melakukannya dan meninggalkannya kerana takut pada Allah,maka Kau menuliskan amal baik padanya.Jadikanlah itu umatku ya Rabbi."
Allah berfirman padanya "Ya Musa,itu adalah umat dari Muhammd saw."

Musa berkata"Ya Tuhanku,aku membaca dalam Taurat bahawa akan ada suatu umat,jika salah seorang di antara mereka berniat melakukan kebaikan tapi tidak jadi melakukannya,maka dituliskan untuknya sebagai amal kebaikan.Dan jika dia melakukannya,maka dituliskan 10 pahala kebaikan untuknya dan bisa sampai lebih dari 700 pahala.Jadikanlah itu umatku ya Rabbi."
Allah berfirman padanya "Ya Musa,itu adalah umat dari Muhammad saw."

Jadi Musa berkata "Ya Rabb,jadikan aku sebagai umat Muhammad saw."


Friday, 26 February 2016

-buat aimi

Assalamualaikum
Jadi untuk harini saje nak buat smth special
untuk seseorang yg brnama
Aimi Amira bt Md Halim!💞
Wahai Aimi ketahuilah yang kau sangat special pd aku,
Kerana di saat menaip ini,
Aku teruskan juga walau sedang menahan peritnya sakit perut sakit kepala
dan brmacam sakit lagi sebab mmg nama kau selalu membawa penyakit,
Kuikui.
Ok ok srs.
Ehem ehem.
HAPPY UPCOMING BIRTHDAY AIMI AMIRA!
harini 27/2 birthday kau 28/2,
So disebabkan kalau kat asrama aku tak boleh wish yg best2,
Aku wish kat blog yg sepi ni ukeyh huhu,
Kau dah 15 beb!
Aku kenal kau disaat kau 13 semasa tudung kau masih berlipat dua,
Menampakkan kebulatan muka kau,
Di bilik Kh pula,
Kau sekumpulan dgn aku pd waktu itu,
Dan saat tu lagu havoc femes,
Dan kau menyanyi selalu,
"Kau pakai seluar jean,aku x pakai seluar yeah"
Kepala gila kau takde sape mampu tandingi,
Tapi apabila marah kau lah yang paling menakutkan daripada hantu,
Walaupun kehambaran kau tiada tandingannya,
Tetap aku gelak sebab aku sewel,
Walaupun mulut kau kuaja dan pedas sepedas sambal belacan yang tak pernah aku makan,
Kau tetap aku sayangi*nosepick,
Walaupun banyak kata kata kau yg guris hati aku,
Aku ttp maafkan tau.
Kau penakut belon dan lipas,
Kaulah yg menangis masa jatuh depan loji,
Kau yang menangis masa Jojie nak pindah dulu,
Kau yang kalau ketawa macam ahli sihir trbang pakai penyapu yg dah patah Alia buat,
Kau yang pernah banyak kali lebamkan tangan dan kaki serta muka aku dgn cubitan hangat dan berbisa kau.
Kau yg suka woozi tpi woozi tak kenal kau pon,
Kau banyak skandal dan setelah dikira kesemuanya ada 8,
Kita pernah brkongsi kekasih bukan? x)
Ok ok kalau aku cite psl kau,mmg boleh low battery aku,
Aku tahu kau terharu skrg ni :8
Aku harap kau boleh terus jadi kawan baik aku,
Aku suka kawan dgn kau walaupun aku tahulah kan aku tak sebest dan tak segempak org lain,
Nak brkawan pon kadang menyelit,
Maaf kalau rasa kehadiran aku ni tak disenangi,
Aku boleh pergi sobs sobs,
Tapi aku nak kau tahu k,
Aku sayang gila ah kat kau dengan yang lain,
Kau sakit aku boleh urutkan ke,
Kau ada masalah ceritalah dgn aku kalau sudi,
Kau sedih nangis je aku boleh kesatkan air mata itu hwahaha,
Kau nak cerita pape even psl benda bengong aku setia boleh dgr,
Pape jelah,
Aku harap aku kau dgn yg empat lagi brjaya sama sama,
Nnti kau jdi profesor aku buatkan uniform sbb aku kan nk jadi pereka fesyen paling tak bertauliah wakakaka,
Aku doakan kita semua straight A dalam semua exam,
Roti enak gebuz sedap wei *thumbs up
Maaf tuari aku pernah terautomatik pukul kau sebab kau buat tudung mcm hantu pocong,
Maaf sangat kalau pernah sakitkan hati kau,
Pukul tmpt injection kau tu banyak kali,
Maaaaaffff,
Thanks jd kawan aku.
Love u bebeh.

From,
HANA.



Tuesday, 29 December 2015

Surah Al Mulk

Assalamualaikum!
========================

Surah Al Mulk adalah surah yang ke 67 dalam Al-Quran.
Kalau sebut pasal Surah Al-Mulk,
memang banyaklah ganjaran yang kita boleh dapat dengan baca surah ni.

Yang biasanya orang tahu,
surah Al-Mulk ni surah untuk berlindung dari seksa kubur kerana satu hari nanti kita semua akan berada di Alam barzakh.
Kita semua akan rasa kematian,
akan rasa tinggal di kubur seorang diri.

----------------------------------------------------

Pada zaman Rasulullah saw,Ibnu Abbas menceritakan :

"Pernah suatu ketika sebahagian para sahabat berkhemah di atas kubur.Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu ialah kubur.Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah,mereka tiba tiba terdengar suara orang membaca surah al-Mulk dari mula hinggalah akhirnya.Suara itu datang dari dalam tanah.Tahulah mereka,sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur.Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermaksud : "Surah Al-Mulk ialah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya daripada azab neraka."

Bukan takat tu je beb,
tapi ada lagi hadis mengenai surah al-Mulk ni :

1.Abu Hurairah meriwayatkan hadis,katanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam Al-Quran itu,ada satu surah yang mengandungi 30 ayat,ia memberi syafaat kepada lelaki yang membacanya.Maka selagi mana lelaki itu membacanya,selagi itu pula ia meminta ampun untuknya.Surah itu ialah surah al-Mulk."

So untuk lelaki,harap amalkanlah,tak susah bro,30 ayat je :)
Bukan lelaki je okey,untuk perempuan pon ada,baca lagi hadis yang sangat indah ni :")


2.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

"Surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya daripada azab kubur ."

Rasulullah saw menyatakan yang surah ni insyaAllah boleh melindungi kita dari diazab dalm kubur :)
Allahumma Solli 'Ala Muhammad ~

3.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Aku sungguh gembira,sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis dalam hatinya ."

Alhamdulillah,tengok ni,Rasulullah saw suka kalau kita amalkan surah ini.Kalau dulu,Rasulullah saw selalu berjuang bersama sahabat untuk islam,untuk umatnya.Kali ni,bila Rasulullah saw dah pergi,kita amalkan apa yang Rasulullah saw suruh,insyaAllah kita jumpa dia nanti,Amin :"


4.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam,diselamatkannya dari azab kubur."

Nak cerita sikitlah kan :3,Kalau dulu,masa pertama sekali aku baca surah ni,masa aku form 1.
Malam tu macam yang nak dekat dekat dengan hari kejadian kat asrama :3 (malam ustaz datang :3).
So,masatu memang kena kumpullah baca Al-Quran semua kan,masatu zaman jahil :3,dan Dorm 12 semua baca surah al-Mulk then aku macam "eh ada surah nama ni jugak rupanya" kata aku dalam hati.Dan masa baca tu,ya Allah punyalah merangkak,padahal aku bukan macamtu (forgive me I'm not being arrogant sori sori sori).Ia macam sebab aku mungkin dah stop mengaji dekat tempat ngaji then sebabtu macam dah lama tak membaca kitab ni :".Tapi,Alhamdulillah,kuasa Allah,dari yang merangkak gila baca surah ni,aku sekarang dah boleh,insya Allah.

5.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa membca surah al-Mulk pada mana mana malam,nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir."

Munkar dan Nakir.Aku ada tulis kisah pasal dua malaikat Allah ini.Entry short story,malaikat apa tah lupa :3 tapi ada lah short story yang pertama sekali,Malaikat yang paling menggerunkan dengan rupa yang menakutkan yang telah Allah ciptakan.Datang pula mereka,bertanya pada kita dengan suara yang sangat menggerunka, juga dengan kubur yang sangat gelap gelita.Ya Allah,aku sangat tak boleh bayangkan,lagi lagi untuk orang yang takut gelap macam aku,sorang diri pulak tu :"

6.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 

"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat.Surah itu ialah surah al-Mulk.Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab di dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga."

Alhamdulillah,salah satu amalan yang in sha Allah boleh bawa kita ke syurga sekiranya kita juga menjaga solat.Kalau kita amal surah ni,tapi solat kita tak jaga sebaiknya,macam mana lah kan?Sedangkan mungkin amalan kebajikan kita boleh tak diterima jika solat kita sangatlah jarang.
Wallahualam.

7.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Sebahagian surah surah yang terdapat dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat .Surah itu surah al-Mulk.Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukannya ke dalam syurga"

Surah ni juga boleh jadi syafaat untuk kita di hari akhirat nanti,dengan izin Allah :)

8.Ulama berkata : "Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."

Salah satu dari sunnah Rasulullah sebelum tidur juga ^^

9.Ulama berkata : "Sesungguhnya surah al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya daripada kena azab.Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya daripada azab api neraka."

10.Sayidina Alia ra berkata : "Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk,nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

Tika hamba Allah yang lain,
berjalan di atas wajahnya,
dikumpul dan diseret wajahnya,
pengamal surah ini akan dibawa oleh Malaikat,
masya Allah :')
Semoga kita semua jadi salah satu daripada mereka ini,Amin.

11.Ulama berkata : "Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-Mulk terkandung dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.Sesiapa yang mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12.Sayidina Abdullah bin Abbas berkata : "Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah swt di dalam kuburnya.Apabila azab hendak datang ke pihak kepala,terdengar satu seruan : "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah al-Mulk." Begitulah keadaannya apabila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya.Kerana semuanya mengandungi surah al-Mulk."


Alhamdulillah,
tak susah sebenarnya untuk kita amal surah ni,
30 ayat yang mengandungi banyak ganjaran,kawan.
Lepas solat isyak,
sebelum tidur,
letak fon.
Jangan gapai fon dulu selepas solat,
pegang siap sedia al-Quran di tangan kau selepas memberi salam.
Berzikir,berdoa,dan terus buka al-Quran dan baca.
Bila dah gapai Quran lepas solat,tak ke rasa bersalah kalau kita letakkan balik?
Tepuk dada tanya takkan kau nak kalah dengan syaitan terlaknat tu.
Lawan,kalahkan dia.
;)

Asslamualaikum.

Tuesday, 15 December 2015

Zikir yang mudah berganjaran gempak!



P/s:jangan fikir benda ni leceh sebab ia boleh jadi bantuan untuk kau di hari kiamat

"Umat islam atas muka bumi ni semestinya dah mencecah berjuta juta orang atau mungkin berbillion..Siapa nak pahala dari setiap lelaki dan perempuan islam?Dah tentu semua nak kan?ceit.Dan ini bukan kata kata dari aku,tapi ianya dari sabda Rasulullah saw,

"("Kau lakukan amalan berikut,dan kau akan mendapat pahala untuk setiap hamba yang beriman lelaki dan perempuan yang masih hidup"

"Barangsiapa yang memintakan ampunan untuk lelaki dan perempuan beriman,Dia akan memberikannya satu amal baik.")"

ALLAHUMMA IGHFIR LIL MUMINEEN WA MU'MINAT
Ya Allah,ampunilah lelaki lelaki dan wanita wanita beriman.

===============================================

Ucapkan SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI 100 kali dalam sehari atau lebih yey!


Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)
  
/////
Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah:Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)
//////

Abu Dzar berkata,"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW amal apakah yang paling dicintai Allah swt.
Beliau menjawab,"Yang telah dipilih Allah untuk Malaikat-Nya,iaitu
Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim."

Untuk lebih tahu ganjaran zikir ni : Subhanallah

------------------------------------------------

Ketika mereka bertanya kepada Rasulullah saw,mereka bertanya,
"Apakah zikir terbaik yang pernah ada ?"
Dan beliau bersabda 
"LA ILAHA ILLALLAH"

Banyak fadhilat yang boleh kita dapat bila mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH dan antaranya,jeng jeng jeng!

1)Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"Dari Abu Hurairah ra berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialahorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan hati yg ikhlas"(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

-----------------------------------------


Abdullah bin Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memberitahu kepada mereka,ada seorang hamba daripada kalangan hamba hamba Allah telah membaca :

"Doa di atas lalu dua malaikat merasa sukar dan tidak tahu bagaimana hendak menulisnya.Kemudian mereka naik ke langit dan berkata : Wahai Tuhan Kami!Sesungguhnya ada seorang hambaMu telah membaca suatu bacaan yang kami tidak tahu hendak menulis pahalanya?Jawab Allah yang Maha Mengetahui :Tentang apakah yang dibaca oleh hambaKu itu?"Kata kedua dua malaikat itu"Wahai Tuhanku,dia telah membaca :'doa di atas'lalu kata Allah kepada dua malaikat itu:Tulislah bagaimana yang dibaca oleh hambaKu itu sehinggalah ia berjumpa denganKu,Akulah yang akan memberi ganjaran pahala kepadanya."(riwayat Imam Ahmad ibn Majah.Perawi2 hadis ini adalah Thiqah).

--------------------------------------------


Kata Zaid,bekas hamba Nabi saw : Saya mendengar bapa saya menceritakan kepada saya bahawa datuk saya mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa mengucapkan :'doa dia atas'pasti ia diampunkan walaupun ia telah lari dari medan perang"

---------------------------------------------

Untuk zikir yang dua ini,aku pohon sangat untuk kau amalkan setiap hari selepas solat.

O Allah,save me from the Fire

Memang pernah dengar hadis sesiapa yang baca ini 7x subuh dan maghrib dan meninggal akan terselamat dari api neraka.Tetapi lepas aku baca baca baca dan dapat tahu yang hadis kat atas tu adalah hadis Dhaif.Wallahualam.

Tapi ada seorang ustaz kata,tak semestinya kalau kita amalkan akan jadi Bid'ah,sebabnya Nabi saw sendiri menganjurkan untuk umatnya memohon perlindungan kepada Allah diberi syurga dan terselamat dari api neraka.

Dan lagi satu doa :

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َسْØ£َÙ„ُÙƒَ الْجَÙ†َّØ©َ
O Allah I ask You to grant me Paradise.
Walaupun ada yang nyatakan hadis di atas dhaif,
Insya Allah kalau kita amalkan setiap lepas solat,Allah akan kabulkan.
Tapi,bukan hanya berharap hanya pada doa ni,
kita juga kenalah ikut arahan Allah kan ;)
------------------------------------------