Ketika Nabi Musa berbicara kepada Allah swt
Musa berkata kepada Tuhannya: "Ya Rabbi,Kau telah menciptakan Adam dengan kekuatanMu dan meniupkan roh kepadanya,dan membuat para malaikat bersujud kepadanya,dan memasukkannya ke dalam syurga,dan Kau menerima taubatnya,bagaimana caranya dia bersyukur untuk membalas semua nikmat ini?" jadi Allah swt berfirman padanya "Ya Musa,hal itu sudah cukup dari Adam,bahawa dia berkata 'Alhamdulillahir rabbil alamin.'" Musa bertanya "Ya Tuhanku,jika seorang hamba berkata 'Ya Allah' selagi dia menyembahMu,apa yang Kau katakan padanya?" Allah berfirman "Aku memberitahu padanya,'Wahai hambaKu,aku disini." Musa bertanya "Dan jika dia mengatakannya semasa bersujud ?" Allah berfirman "Aku berfirman,"Aku disini wahai hamba." Musa bertanya lagi : "Dan jika dia mengatakannya lagi selagi berbuat dosa ?" Allah berfirman : "Aku akan berfirman kepadanya 'Aku disini,Aku disini,Aku disini." Se...