Surah Al Mulk
Assalamualaikum! ======================== Surah Al Mulk adalah surah yang ke 67 dalam Al-Quran. Kalau sebut pasal Surah Al-Mulk, memang banyaklah ganjaran yang kita boleh dapat dengan baca surah ni. Yang biasanya orang tahu, surah Al-Mulk ni surah untuk berlindung dari seksa kubur kerana satu hari nanti kita semua akan berada di Alam barzakh. Kita semua akan rasa kematian, akan rasa tinggal di kubur seorang diri. ---------------------------------------------------- Pada zaman Rasulullah saw,Ibnu Abbas menceritakan : "Pernah suatu ketika sebahagian para sahabat berkhemah di atas kubur.Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu ialah kubur.Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah,mereka tiba tiba terdengar suara orang membaca surah al-Mulk dari mula hinggalah akhirnya.Suara itu datang dari dalam tanah.Tahulah mereka,sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur.Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermak...