Tuesday 15 December 2015

Zikir yang mudah berganjaran gempak!



P/s:jangan fikir benda ni leceh sebab ia boleh jadi bantuan untuk kau di hari kiamat

"Umat islam atas muka bumi ni semestinya dah mencecah berjuta juta orang atau mungkin berbillion..Siapa nak pahala dari setiap lelaki dan perempuan islam?Dah tentu semua nak kan?ceit.Dan ini bukan kata kata dari aku,tapi ianya dari sabda Rasulullah saw,

"("Kau lakukan amalan berikut,dan kau akan mendapat pahala untuk setiap hamba yang beriman lelaki dan perempuan yang masih hidup"

"Barangsiapa yang memintakan ampunan untuk lelaki dan perempuan beriman,Dia akan memberikannya satu amal baik.")"

ALLAHUMMA IGHFIR LIL MUMINEEN WA MU'MINAT
Ya Allah,ampunilah lelaki lelaki dan wanita wanita beriman.

===============================================

Ucapkan SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI 100 kali dalam sehari atau lebih yey!


Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)
  
/////
Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah:Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)
//////

Abu Dzar berkata,"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW amal apakah yang paling dicintai Allah swt.
Beliau menjawab,"Yang telah dipilih Allah untuk Malaikat-Nya,iaitu
Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim."

Untuk lebih tahu ganjaran zikir ni : Subhanallah

------------------------------------------------

Ketika mereka bertanya kepada Rasulullah saw,mereka bertanya,
"Apakah zikir terbaik yang pernah ada ?"
Dan beliau bersabda 
"LA ILAHA ILLALLAH"

Banyak fadhilat yang boleh kita dapat bila mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH dan antaranya,jeng jeng jeng!

1)Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"Dari Abu Hurairah ra berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialahorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan hati yg ikhlas"(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

-----------------------------------------


Abdullah bin Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memberitahu kepada mereka,ada seorang hamba daripada kalangan hamba hamba Allah telah membaca :

"Doa di atas lalu dua malaikat merasa sukar dan tidak tahu bagaimana hendak menulisnya.Kemudian mereka naik ke langit dan berkata : Wahai Tuhan Kami!Sesungguhnya ada seorang hambaMu telah membaca suatu bacaan yang kami tidak tahu hendak menulis pahalanya?Jawab Allah yang Maha Mengetahui :Tentang apakah yang dibaca oleh hambaKu itu?"Kata kedua dua malaikat itu"Wahai Tuhanku,dia telah membaca :'doa di atas'lalu kata Allah kepada dua malaikat itu:Tulislah bagaimana yang dibaca oleh hambaKu itu sehinggalah ia berjumpa denganKu,Akulah yang akan memberi ganjaran pahala kepadanya."(riwayat Imam Ahmad ibn Majah.Perawi2 hadis ini adalah Thiqah).

--------------------------------------------


Kata Zaid,bekas hamba Nabi saw : Saya mendengar bapa saya menceritakan kepada saya bahawa datuk saya mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa mengucapkan :'doa dia atas'pasti ia diampunkan walaupun ia telah lari dari medan perang"

---------------------------------------------

Untuk zikir yang dua ini,aku pohon sangat untuk kau amalkan setiap hari selepas solat.

O Allah,save me from the Fire

Memang pernah dengar hadis sesiapa yang baca ini 7x subuh dan maghrib dan meninggal akan terselamat dari api neraka.Tetapi lepas aku baca baca baca dan dapat tahu yang hadis kat atas tu adalah hadis Dhaif.Wallahualam.

Tapi ada seorang ustaz kata,tak semestinya kalau kita amalkan akan jadi Bid'ah,sebabnya Nabi saw sendiri menganjurkan untuk umatnya memohon perlindungan kepada Allah diberi syurga dan terselamat dari api neraka.

Dan lagi satu doa :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ
O Allah I ask You to grant me Paradise.
Walaupun ada yang nyatakan hadis di atas dhaif,
Insya Allah kalau kita amalkan setiap lepas solat,Allah akan kabulkan.
Tapi,bukan hanya berharap hanya pada doa ni,
kita juga kenalah ikut arahan Allah kan ;)
------------------------------------------








No comments:

Post a Comment