Tuesday 29 December 2015

Surah Al Mulk

Assalamualaikum!
========================

Surah Al Mulk adalah surah yang ke 67 dalam Al-Quran.
Kalau sebut pasal Surah Al-Mulk,
memang banyaklah ganjaran yang kita boleh dapat dengan baca surah ni.

Yang biasanya orang tahu,
surah Al-Mulk ni surah untuk berlindung dari seksa kubur kerana satu hari nanti kita semua akan berada di Alam barzakh.
Kita semua akan rasa kematian,
akan rasa tinggal di kubur seorang diri.

----------------------------------------------------

Pada zaman Rasulullah saw,Ibnu Abbas menceritakan :

"Pernah suatu ketika sebahagian para sahabat berkhemah di atas kubur.Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu ialah kubur.Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah,mereka tiba tiba terdengar suara orang membaca surah al-Mulk dari mula hinggalah akhirnya.Suara itu datang dari dalam tanah.Tahulah mereka,sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur.Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermaksud : "Surah Al-Mulk ialah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya daripada azab neraka."

Bukan takat tu je beb,
tapi ada lagi hadis mengenai surah al-Mulk ni :

1.Abu Hurairah meriwayatkan hadis,katanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam Al-Quran itu,ada satu surah yang mengandungi 30 ayat,ia memberi syafaat kepada lelaki yang membacanya.Maka selagi mana lelaki itu membacanya,selagi itu pula ia meminta ampun untuknya.Surah itu ialah surah al-Mulk."

So untuk lelaki,harap amalkanlah,tak susah bro,30 ayat je :)
Bukan lelaki je okey,untuk perempuan pon ada,baca lagi hadis yang sangat indah ni :")


2.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

"Surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya daripada azab kubur ."

Rasulullah saw menyatakan yang surah ni insyaAllah boleh melindungi kita dari diazab dalm kubur :)
Allahumma Solli 'Ala Muhammad ~

3.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Aku sungguh gembira,sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis dalam hatinya ."

Alhamdulillah,tengok ni,Rasulullah saw suka kalau kita amalkan surah ini.Kalau dulu,Rasulullah saw selalu berjuang bersama sahabat untuk islam,untuk umatnya.Kali ni,bila Rasulullah saw dah pergi,kita amalkan apa yang Rasulullah saw suruh,insyaAllah kita jumpa dia nanti,Amin :"


4.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam,diselamatkannya dari azab kubur."

Nak cerita sikitlah kan :3,Kalau dulu,masa pertama sekali aku baca surah ni,masa aku form 1.
Malam tu macam yang nak dekat dekat dengan hari kejadian kat asrama :3 (malam ustaz datang :3).
So,masatu memang kena kumpullah baca Al-Quran semua kan,masatu zaman jahil :3,dan Dorm 12 semua baca surah al-Mulk then aku macam "eh ada surah nama ni jugak rupanya" kata aku dalam hati.Dan masa baca tu,ya Allah punyalah merangkak,padahal aku bukan macamtu (forgive me I'm not being arrogant sori sori sori).Ia macam sebab aku mungkin dah stop mengaji dekat tempat ngaji then sebabtu macam dah lama tak membaca kitab ni :".Tapi,Alhamdulillah,kuasa Allah,dari yang merangkak gila baca surah ni,aku sekarang dah boleh,insya Allah.

5.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 

"Sesiapa membca surah al-Mulk pada mana mana malam,nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir."

Munkar dan Nakir.Aku ada tulis kisah pasal dua malaikat Allah ini.Entry short story,malaikat apa tah lupa :3 tapi ada lah short story yang pertama sekali,Malaikat yang paling menggerunkan dengan rupa yang menakutkan yang telah Allah ciptakan.Datang pula mereka,bertanya pada kita dengan suara yang sangat menggerunka, juga dengan kubur yang sangat gelap gelita.Ya Allah,aku sangat tak boleh bayangkan,lagi lagi untuk orang yang takut gelap macam aku,sorang diri pulak tu :"

6.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 

"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat.Surah itu ialah surah al-Mulk.Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab di dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga."

Alhamdulillah,salah satu amalan yang in sha Allah boleh bawa kita ke syurga sekiranya kita juga menjaga solat.Kalau kita amal surah ni,tapi solat kita tak jaga sebaiknya,macam mana lah kan?Sedangkan mungkin amalan kebajikan kita boleh tak diterima jika solat kita sangatlah jarang.
Wallahualam.

7.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Sebahagian surah surah yang terdapat dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat .Surah itu surah al-Mulk.Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukannya ke dalam syurga"

Surah ni juga boleh jadi syafaat untuk kita di hari akhirat nanti,dengan izin Allah :)

8.Ulama berkata : "Sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."

Salah satu dari sunnah Rasulullah sebelum tidur juga ^^

9.Ulama berkata : "Sesungguhnya surah al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya daripada kena azab.Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya daripada azab api neraka."

10.Sayidina Alia ra berkata : "Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk,nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

Tika hamba Allah yang lain,
berjalan di atas wajahnya,
dikumpul dan diseret wajahnya,
pengamal surah ini akan dibawa oleh Malaikat,
masya Allah :')
Semoga kita semua jadi salah satu daripada mereka ini,Amin.

11.Ulama berkata : "Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-Mulk terkandung dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan.Sesiapa yang mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12.Sayidina Abdullah bin Abbas berkata : "Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya,nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah swt di dalam kuburnya.Apabila azab hendak datang ke pihak kepala,terdengar satu seruan : "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah al-Mulk." Begitulah keadaannya apabila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya.Kerana semuanya mengandungi surah al-Mulk."


Alhamdulillah,
tak susah sebenarnya untuk kita amal surah ni,
30 ayat yang mengandungi banyak ganjaran,kawan.
Lepas solat isyak,
sebelum tidur,
letak fon.
Jangan gapai fon dulu selepas solat,
pegang siap sedia al-Quran di tangan kau selepas memberi salam.
Berzikir,berdoa,dan terus buka al-Quran dan baca.
Bila dah gapai Quran lepas solat,tak ke rasa bersalah kalau kita letakkan balik?
Tepuk dada tanya takkan kau nak kalah dengan syaitan terlaknat tu.
Lawan,kalahkan dia.
;)

Asslamualaikum.

No comments:

Post a Comment